Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Tuesday, 8 April 2014

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan

5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.

18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.




Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

Tuesday, 1 April 2014

Keadaan Manusia Pada Zaman Dajjal

Pada zaman Dajjal nanti, setiap negeri yang didatangi Dajjal penduduknya bagaikan padi yang ada di dalam pengisar. Mereka lari kesana kemari kerana takut kepada Dajjal. Bagi keluarga mukmin mereka lebih senang berada di dalam rumah menjaga keluarganya agar tidak terpengaruh oleh tipu daya Dajjal. Sebab pada masa itu bukan sedikit kaum wanita yang menjadi pengikut Dajjal. Oleh kerana itu, orang lelaki mengikat keluarganya di dalam rumah agar tidak keluar. Mereka bimbang bila keluarganya keluar rumah akan mudah dipengaruhi Dajjal. Jika terpengaruh mengikuti Dajjal, bererti telah melakukan kekufuran dan kemusyrikan.
Zaman Dajjal adalah zaman fitnah yang besar, bukan sedikit orang yang beriman pada pagi dan kemudian pada petang hari menjadi kafir. Hal ini menunjukkan begitu hebatnya godaan fitnah yang melanda umat Islam. Pada saat itu, memegang agama seperti memegang bara api yang panas, bila dilepaskan dirinya akan menjadi mangsa Dajjal. Tetapi bila terus dipegang godaan dan fitnah yang dihadapinya sangatlah besar dan berat. Oleh kerana itu, apabila Dajjal datang ramai orang melarikan diri ke hutan-hutan dan ada ada yang melarikan diri ke gunung. Mereka melakukannya demi menyelamatkan diri dan akidahnya dari firnah Dajjal. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam suatu hadit Sahih:
( Saat itu ) manusia benar -benar melarikan diri dari Dajjal ke arah gunung. (HR. Muslim) .
Demikian keadaan manusia semasa kedatangan Dajjal , mereka lebih memilih menyelamatkan diri daripada menghadapinya. Sebab bila menghadapinya dikhuatiri dirinya tidak mampu menjaga akidah dan keselamatan jiwanya. Sebab Dajjal akan berbuat aniaya terhadap orang yang membangkang. Demikian juga dalam soal pemerintahan. Pemerintah-pemerintahan negara pada zaman Dajjal menjadi rosak dan tidak mengikut peraturan. Ini bukan bererti Dajjal ingin berkuasa dan menghancurkan satu persatu pemerintahan negera yang sudah kukuh dan baik. Akan tetapi perancangan Dajjal yang menyusup segenap negera dengan menyebarkan tipu daya dan fitnahnya .
Setiap negara yang dimasuki Dajjal akan diikuti oleh beribu-ribu orang bahkan mencapai jutaan orang, yang terdiri dari manusia dan juga syaitan yang menjelma manusia. Tujuannya tidak lain adalah menyesatkan umat manusia dan sekaligus menjauhkannya dari Allah Ta’ala. Apa lagi kepada orang -orang yang beriman, Dajjal dan syaitab tidak akan berhenti-henti mempengaruhinya dengan menyebarkan fitnah dan tipu daya. Oleh kerana itu, fitnah yang paling besar adalah fitnah pada zaman Dajjal.
Adapun untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal adalah menetapi kesabaran. Membaca sepuluh ayat pertama dari surat Al- Kahfi, iaitu :
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya Al -kitab ( Al -Qur’an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya. Sebagai bimbingan yang lurus , untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang -orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh , bahawa meraka akan mendapat pembalasan yang baik. Mereka kekal di dalamnya untuk selama- lamanya. Dan untuk memperingatkan kepada orang -orang yang berkata ” Allah mengambil seorang anak ” . Mereka sekali -kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu , begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata- kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. Maka barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling , sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al -Qur’an ) . Sesungguhnya Kami menjadikan segala yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya , agar kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami benar- benar akan mejadikan ( pula0 apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus . Atau kamu mengira bahawa orang -orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda -tanda kekuasaan Kami yang menghairankan ? . ( ingatlah ) tatkala pemuda- pemuda itu mencari tempat berlindung dalam gua lalu mereka berdo’a: ” Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)” . ( Al -Qur’an Surat al- Kahfi: 1 – 10).
Anjuran untuk membaca sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi adalah anjuran dari Rasulullah SAW, sebagai benteng untuk diri agar tidak diganggu dan terkena fitnah Dajjal. Sebab pada saat itu sukar sekali bagi seseorang boleh menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Ini menunjukkan begitu kuat dan hebatnya fitnah yang disebarkan oleh Dajjal. Salah satu cara untuk menyelamatkan diri adalah membaca sekerap mungkin sepuluh ayat pertama dari surat Al -Kahfi. Sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Barangsiapa di antara kamu yang (hidup sampai) mendapati dajjal, hendaklah dibaca permulaannya surat Al- Kahfi …. ( H.R. Muslim).
Penting: Bahwasanya seluruh peristiwa yang menyalahi adat yang dilakukan oleh Dajjal itu bukan kerana kuasa dajjal, melainkan kerana kekuasaan dan kehendak Allah untuk menguji kekuatan iman hamba Nya. Allah menciptakan Dajjal sebagai makhluk penggoda dan menyesatkan umat yang beriman. Jika hamba tadi benar-benar teguh imannya, dia tidak akan mudah goyah akidahnya walaupun dirinya disakiti, dianiaya, difitnah bahkan dibunuh. Dia tetap teguh memegang keimanannya dan ketaatannya kepada Allah ta’ala.
Segala kemampuan yang dimiliki oleh Dajjal itu bersifat Istidraj, bukan mukjizat atau bukan karamah. Sebab sudah jelas sekali kalau dajjal itu adalah Kafir yang menyesatkan,bukan nabi dan bukan orang yang soleh. Semua yang dilakukannya itu merupakan tipu muslihat belaka untuk menarik simpati orang lain agar mengikuti jejaknya yang sesat itu. Semoga Allah melindungi kita dari fitnah Dajjal.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber berita-darikubur.blogspot.com

_SHARING TO YOU

KesAbaran Umar Terhadap Leteran Isteri






"Seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai 
isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.


Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.
Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."\