Tuesday 1 April 2014

10 Perkara Tentang Derma Darah



1. Menyelamatkan Nyawa

Setiap kali anda menderma darah, anda sekurang2nya dapat menyelamatkan satu nyawa. Selain itu, ia juga dapat melancarkan peredaran darah penderma sekali gus memberi faedah kepada kedua-dua penderma dan penerima.

2. Boleh Mengetahui Jenis darah.


Haaaa...mesti ada dikalangan kamu yang masih tidak mengetahui jenis darah sendri..betul x?Saya sendri pun termasuk dalam golongan ini sebelum saya mula menderma darah. Lepas derma Baru tahu darah saya jenis "O"..so darah korang??A B AB or O?? tapi C D E xda ye..kalau ade..korang ni alien laaa...hihihi. Selain dapat mengetahui jenis darah, korang juga boleh tahu masalah @ jenis penyakit yang korang hidap pada peringkat awal. Darah yang korang derma tu akan di bawa ke makmal dan diuji sebelum di berikan kepada pesakit. 

3. Mengurangkan Risiko Penyakit Jatung.


Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan penyakit jantung. Kandungan besi dapat dikurangkan dengan menderma darah kerana ia dapat mengurangkan sedikit jumlah kandungan besi dalam darah.  Untuk maklumat korang, besi yang dimaksudkan bukanlah besi setokol tu ye..tapi besi dalam bentuk"heme". Selain itu, dapat membantu badan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

4. Membantu Pesakit Kronik


-Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Oleh itu, pesakit memerlukan pemindahan darah yang konsisten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkan kalau tiada siapa yang ingin menderma darah, apakah akan terjadi kepada mereka?

5. Masa Simpanan Darah yang Terhad.


Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dala tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah yang konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

6. Mudah & Selamat

Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional.  Jangan takut sakit, xda lagi yang mati sebab menderma darah. Setiap jarum dan perkakas lain hanya diguna sekali sahaja.

7. Meneruskan Kehidupan Secara Normal

Kandungan Besi dalam darah membawa Oksigen dan hormon2 lain ke seluruh badan. Ini sangat membantu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan sepert biasa.

8. Mengurangkan Risiko Strok Otak

Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko pesakit strok otak dari 35 % hingga 85%!

9.Kepuasan 


Menderma darah seperti melakukan khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira akan hadir selepas kita menderma. Ini lah perasaan yang saya rasakan apabila pertama kali menderma...mela2 memang takut, tp lepas derma, fuhhh...rasa...heppy sangat...sb dapat melepasi cabaran gentirr iaitu TakuT JARUM! hihi..seronok..cubalah...xsakit pun.. :D korang akan rasa puas sb dengan darah anda, sekurang2nya satu nyawa boleh diselamatkan.

10. Menjadi Lebih Produktif dan Berkesan

Selepas menderma, darah korang akan diganti dalam massa 48-72 jam. Walaupun, sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6 hingga 8 minggu, namun, kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat,efektif dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.


Selain itu juga, bagi umat islam, kite percaya akan setiap pertolongan dan sederkah yang dihulurkan akan memperoleh ganjaran pahala. So, artikel ini sherina kongsi dengan korang semua..kalau ada kekurangan atau kesilapan atau kesalahan fakta, sila berikan teguran...

Semoga bermanfaat buat Pembaca :)


No comments:

Post a Comment